BiSiKaN HaTi

BiSiKaN HaTi
My PersOnaL BlOg..."BiSiKaN HaTi"".....DeNgaR KaN KaTa HaTi Mu....""Bila Suara Hati BerbiCaRa dengan Sendiri Nya..Mulalah terdetik dihati ini akan rasa yang ada didalam Hati..Membibitkan rindu..kasih..sayang..dan cinta..Benarkah Cinta itu Indah..!! Indahnya Cinta bagaikan Hidup di ALam Syurga Dan Cinta Buta bagaikan Hidup DaLam NeraKa....!!!! RenungkaN Lahhhhhh...!!!!

AssaLaMuaLaikuM My BeLOved FOllOwer........

AssaLaMuaLaikuM My BeLOved FOllOwer........
Terima Kasih kepada yang sudi menyelOngkar blOg Watiey yang tak seberapa ini..hanya sekadar meluangkan masa sahaja.. sekadar suka-suka... mOga Anda suka dengan hasil penulisan Watiey... Insyallah...Aminnnnn

Tuesday 31 May 2011

KETAHUI LAH......

Jika anda mencintai harta jangan lupa akan hisab,
jika anda mencintai rumah bagai istana jangan lupa kubur yang abadi,
dan jika anda mencintai maksiat dan dosa jangan lupa taubat
dan (Tuhan) yang mengampuni dosa-dosa,
dan jika anda mencintai makhluk
jangan lupa (Tuhan) pencipta makhluk,
dan jika anda mencintai dunia jangan lupa akan akhirat.

NUKILAN::QASEHKUWATIEY

1. Agah = sombong
2. Aloh la = mengeluh
3. Bekok = bergurau
4. Bekwoh = kenduri,biasanya kenduri kawin
5. Bera = lari bertempiaran
6. Beso = biasa
7. Blana = banyak-kuantiti yg banyak
8. Blana-kokna = terlalu banyak
9. Blarok = berarak semasa majlis kawin
10. Bleber = berleter
11. Blengah = rasa tidak selesa-melekit
12. Blikat = bahagian belakang badan
13. Bojen = fesyen atau style rambut
14. Borak = semakin parah-sakit
15. Brehi = menyukai atau minat
16. Brembah = bergaduh- utk haiwan
17. Brona = membuat perangai-menangis
18. Brunga = berlari
19. Cakduh = mereka yg kurang kemas
20. Cakpuh-cakpuh = perbuatan melompat2
21. Cedung = bersawah
22. Cekak = larat
23. Cetong = gayung
24. Cok = cangkul
25. Cokek = mencucuk jari ke pinggan org lain
26. Cokoh = duduk
27. Colek = pencicah
28. Come-lote = terlalu cantik
29. Culah = liar,tidak jinak(haiwan)
30. Derak = keluar bersiar-siar
31. Dumoh = rumah
32. Ejas = memikat
33. Gege = bising
34. Glecoh = tergelincir
35. Glegaa = lantai
36. Gorek = pengasah pensel
37. Grentok = jambatan
38. Gubak = kedudukan yg terakhir
39. Hambak = mengejar
40. Hudoh-banga = sangat hodoh
41. Igak = tangkap
42. Itee-lege = terlalu hitam
43. Jelo = terlebih
44. Jenero = tertido
45. Jerik = menangis
46. Jet = perbuatan menendang
47. Jolo = betul
48. Jula = dahan pokok
49. Kalar = pensel warna
50. Kale = pensel
51. Kekoh = gigit
52. Kelik = balik
53. Kemah-kemim = ikatan yg terlalu ketat
54. Kerah-kejun = kaku
55. Khenak = membuat jahat
56. Kicik = membuang air besar tidak sengaja(sedikit)
57. Kore = sejenis alat utk memarut kelapa
58. Kube-lembe = berselerak
59. Kuca-bara = berselerak
60. Kura = menconteng
61. Lak’eh = tidak bermaya
62. Lorak = melakukan kerja kelam kabut(nak cepat)
63. Manis-letin = amat manis
64. Masem-purik = amat manis
65. Masin-perak = amat masin
66. Meroh-mere = merah padam
67. Meroh-nyalo = merah yg sgt terang
68. Meta = sekejap
69. Mokte = rambutan
70. Mongek = pembonceng motosikal
71. Mulo = masa lampau
72. Nacar = terlajak
73. Ngelik = mengelak dari sesuatu
74. Ngenkok = menyenkeh
75. Ngolek = gelecek bola
76. Nyetok = kejang
77. Pahit-lepe = terlalu pahit
78. Panah-cen-cen = amat panas(cuaca)
79. Parok = parah
80. Pekong = membaling sesuatu
81. Perik = serik
82. Pitih = duit
83. Prange = tempat letak ikan utk dibakar
84. Puteh-lepuk = amat putih
85. Ralik = berkhayal atau mengelamun
86. Rekngan-napun =ringan sangat
87. Repih = mematahkan
88. Royak = beritahu
89. Samah = 50 sen
90. Sengonti = betul-betul(tidak tipu)
91. Sokmo = selalu
92. Suloh = dahi yg luas
93. Sumbak = tertekan
94. Tawa-leba = tawar
95. Tebolah = cuai
96. Tiok = menangis
97. Tok rok = tidak larat
98. Trembe = benda yg tergantung tp tidak kemas spt baju
99. Tubik = keluar
100. Turik = sakit telinga akibat bunyi bising
Kelantan + English?? = 'KELANTISH'

Contoh:

POZEK (deposit)
RIZAT (result)
NNEJA (manager)
ISTEK (estate)
SUWIH (switch)
MERKET (market), dll...
BOKK (book)
GHOBA (rubber) pemadam

Kata penguat dalam Bahaso Klate pun boleh tahan menarik:

manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut APAH
cerhoh/cerah JHERILOH
jatuh CELABOK
kuca HANYA (suara mengidung sedikit)

Ada beberapa 'bunga bahasa' dalam loghat kelantan yang unik..

Antaranya:

YAK = lebih kurang 'opocot!!!' atau 'oops!!'
DEH? = memohon restu atau persetuju an...lebi h kurang 'OK?',
GAK = lebih kurang 'habis tu..' atau 'so..'
PAH? = lebih kurang 'GAK'
HOR (bunyi naik ke hidung sikit ) = 'ya lah..' atau 'yes'
DOCK? = lebih kurang 'bukan?', 'betul tak?' atau 'isn't it?'
LAMOKEY = nanti kan
PERKATAAN BERLAINAN MAKSUDNYA

Terdapat perkataan dijadikan madah
Niatnya elok akidah terlingkup
Contohnya "Bye" ungkapan berpisah
Lapaz Kristian" di bawah lindungan Pope"

Ungkapan Salam di tulis A'kum
Ertinya binatang bahasa Yahudi
Nampak pun salah di segi hukum
Tuliskan As Salam, baru jadi.

Salam juga "Semekum" ditulis
'celaka kamu' itulah erti
Hati hatilah bila menulis
Agar iman kekal di hati.

Sunday 15 May 2011

TAKDIR DAN WAKTU

Sekilas biCara buat semua teman2 ku di wall FB,
Di sini kita kenal mesra dan saling bertegur sapa
Setiap hari setiap saat dan setiap waktu berlalu
Tanpa rasa sunyi dan sepi dengan pOst dan kOmen2

Aku adalah wanita biasa sentiasa ceria
Biarpun aku dirundung duka lara
Betapa sakitpun aku akan ku cuba tertawa
Biarpun hanya untuk seketika cuma

Kadang kala hatiku sering menangis
Namun tak pernah ku hiraukan kerna ku tahu
Andai aku lemah siapa yang bisa membuatku tabah
Aku harusnya kuat menghadapi dugaan hidupku ini

Kerna bagiku peluang hidup cuma sekali
Yang pergi tetap akan pergi tak kembali lagi
Kita yg masih hidup perlu meneruskan kehidupan
Biarpun suka atau duka anggap itu dugaan dr Yang Esa

Sentiasa Panjatkan Doa kepadaNya
Agar hidup kita sentiasa dirahmati dan di berkati
Disamping insan-insan yang menyayangi di kita
MOga kan bahagia hingga ke hujung nyawa..

Akhirnya andai ada tersalah tutur bicara
Terkasar bahasa dan mengusik perasaan teman2
Aku mohon sejuta kemaafan dari lubuk hati
Moga tiada yang terasa hati dan sakit menyakiti lagi..
Terima Kasih buat teman2 ku yang sentiasa menegurku..
Andalah teman2 ku yang sering buat ku terSeNyuM..

~ikhlas rasa dari hati~~ QasehKuWatiey ♥~
PENANTIAN

Hari ini aku masih sendiri lagi
Menanti kehadiranmu yang belum pasti
Mengapa aku harus menantikanmu
Sedangkan engkau hilang tanpa kesan

Sekelumit cintaku sisipkan diangin lalu
Agar bisa berlabuh di sanubarimu
Segurun kerinduanku tebarkan diawangan
Agar bisa terukir namamu di kaki langit

Mega mendung berarak lalu
Mentari menyinari seluruh maya
Namun hatiku, jiwaku dan perasaanku
Tetap sama Kelam tak bermaya

NUKILAN::QASEHKUWATIEY
SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2O11

PUISI INI KHAS UNTUK GURUKU DI SKBM DAN SMJ

Wahai guruku sekaliannya...
Keranamu Aku anak didikmu mengenal huruf dan angka
Aku juga bertatih menulis, mengeja dan membaca
Hingga Aku pandai membuat karangan dan mengira
Keranamu juga Aku mengenal Alif, Ba, Dan Ta
Hingga Aku bisa bertadarus dan mengenal ilmu agama

Wahai guruku sekaliannya...
Kaulah pendidik yang bermOtivasi
Mencurah ilmu dan mengajar dengan dedikasi
Dengan penuh sabar dan tekun menabur bakti
Untuk mengisi minda Aku yang masih kOsOng ini
PengOrbananmu disanjung tinggi sebagai penggerak jati diri

Wahai guruku sekaliannya...
Hanya puisi yang dapat Aku dedikasikan sebagai hadiah
Aku akan sentiasa mendOakan semOga hidup mu guruku
Akan sentiasa dirahmati dan jasa serta baktimu diberkati
Panggilan 'CIKGU' adalah keramat, 
akan di kenang sepanjang hayatku.....

NUKILAN RASA::QasehKuWatiey ~♥~16O52O11~~

Wednesday 11 May 2011

RAHSIA HATI INI...
 Kedinginan malam sepi ini
Minda menggamit kenangan lalu
Yang telah lama ku tinggalkan
Namun kembali bertandang

Mengapa sukar untuk dilafazkan
Perasaan yang berputik dihati
Mengapa sukar difahami
Apa sebenarnya rahsia dalam hati

Hingga kini sukar ditafsirkan
Benarkah indahnya cinta
Hanya sekadar mainan kata
Atau hanya sandiwara

Apapun yang pasti
Betapa sukar Cinta dimiliki
Namun bisa dinikmati
Kerna Cinta lahir dari hati yg suci
NUKILAN::QASEHKUWATIEY
PENGHUJUNG RINDU
Sendu dihatimu Rindu dijiwaku
Diam-diam aku jatuh cinta
Niat dihatiku tak nak berpisah
Seandainya kita sehati sejiwa

Disaat aku mencintaimu
Dengan sejuta warna cintaku
Aku bagaikan dialam fana cintamu
Haruskah kita berpisah

Pujaan Hatiku
Kau pelengkap hidupku
Suaraku berharap
Cintaku sewangi kasihmu

Dipenghujung Rindu
Indahnya hanya sementara
Bagaikan Pelangi petang
Hilang dalam takdir dan waktu
NUKILAN::QASEHKUWATIEY
INDAH HANYA SEMENTARA
Pernah kah engkau rasakan
Apa yang aku rasakan kini
Apakah kau tau apa rahsia
Yang ada dalam diri ini 
Yang kau tahu
Aku hanyalah wanita
Yang boleh dibOnekakan
Yang bOleh kau permainkan 
Kau hadir saat kau perlukan
Dan kau akan pergi
Saat aku memerlukanmu
Hancur luluh hati ini 
Namun sudah suratan
Cinta kita hanya sementara
Yang datang tanpa di duga
Dan pergi tanpa disangka
NUKILAN::QasehKuWatiey

Tuesday 10 May 2011

RAHSIA HATIMU....
Engkau Bagaikan Bidadari Syurga
Yang Bisa Meruntum jiwa setiap insan
Bisa menenangkan hati seseorang
Dan mendamaikan perasaan terluka
Engkau diciptakan untuk merawat
Hati yang sedang Rawang
Engkau sentiasa membuatkan
Insan Lain sentiasa merasa bahagia
Tanpa disedari
Dan tanpa terduga oleh sesiapapun
Engkau menangis dlm setiap senyuman
Engkau menjerit dlm setiap tawa gurauanmu
Siapapun tak bisa mengerti
Apakah sebenarnya RaHsiA dalam dirimu
Hanya Engkau yg tahu siapa Engkau sebenarNya
NUKILAN::QASEHKUWATIEY
SABARLAH....
Rintik hujan bagaikan airmata yang menitis
Tanpa diduga bisa membasahi bumi gersang
Sentiasa meyejukkan dikala kepanasan
Dan bisa merungkai kekerasan hati
Pada setiap yang memandang

Saat airmata menitis hati sayu dan pilu
Dan tatkala minda menggamit kembali
Kenangan silam antara kau dan aku
Bagaikan menghiris dan mengguris
Hati dan perasaan ini
Merobek seluruh jiwa ragaku

Namun apapun aku bisa pasrah
Redha setiap apa yg ditentukan
Kerna kutahu itulah dugaan
Dari yg Maha Esa
Untuk menguji betapa
HambaNya ini bisa melewati
Setiap KetentuanNya
Dengan penuh Sabar dan Tabah
Kerna Sabar itu separuh dari ImaN ♥
NUKILAN::QASEHKUWATIEY
HANYA KEPADA MU YA ALLAH....

di ranting hati yang kian rapuh
di benak rasa yang terseksa sengsara
terasa hina dan kerdilnya diri ini
disisiMu ya ALLAH
ku bersujud dan bermohon padaMU Ya ALLAH
teguhkan pendirianku ini
dan pimpinlah aku menuju ke jalanMu Ya ALLAH
dalam aku mencari Cinta Teragung

Kerna kini ku tahu
Cinta Teragung hanyalah padaMu YA ALLAH
dan takkan pernah ku tinggalkan
waktu-waktu untuk menemuiMu YA ALLAH

disubuh hening ku bersujud
dalam Fajar menyinsing ku temui cahaya
disenja berlabuh ku lihat keindahan ciptaanMu YA ALLAH
dimalam sepi ku temui kedamaian hati
dan dilewat malam yg dingin ku peroleh ketenangan dijiwaku

kini semuanya ada dalam cintaMu yang satu
Cinta yang abadi dan hakiki hanya padaMu YA ALLAH
sehingga aku kembali MenemuiMu YA ALLAH..

NUKILAN::QASEHKUWATIEY
DULU KINI SELAMA NYA...
dulu, kini dan selamanya
hanya cintamu bersemi dikalbuku
takkan mungkin bertukar ganti
kerna rasanya telah kuserahkan padamu
mana mungkin ada lagi rasa
yang bisa ku serahkan pada yang lain
kerna selamanya akan kekal begitu
biarpun antara kita tak bisa bersatu
namun aku pasrah dan rela
biarpun kau tiada lagi disampingku
saat kau bahagia aku jua turut merasa
kerna kebahagiaanmu
adalah kebahagiaanku jua
kerna hatimu hatiku jua..♥
NUKILAN::QASEHKUWATIEY
DUGAAN INI
Kita sering lupa siapa kita
Kita juga lupa dari mana kita datang
Dan kita pasti terlupa kemanakah
Kita akan kembali nanti

Bila kita diduga kemiskinan
Kita diberikan kesakitan
Dan kita dilanda musibah
Barulah kita sedar siapa diri kita

Disaat itu baru kita mengingatiNya
Barulah kita ingin memohon padaNya
Lantaran sudah terlewat
Tapi masih sempat
Untuk kita perbetulkannya

Kerana ALLAH maha segalanya
Maha mengetahui apa dalam hati kita
Maha mengerti apa yang kita inginkan
Dan maha mengasihi
Lagi maha mengampuni hambaNya

Terima Kasih Ya ALLAH
Kerana kau menduga hambaMu
 
Untuk kembali KepadaMu
YA ALLAH YA RABBALLALAMIN.
NUKILAN::QASEHKUWATIEY

Monday 9 May 2011

MaaFKaN AkU SayAnG
Kerinduan ini datang lagi
Mengetok pintu hatiku
Disaat hatiku dirantai sepi
Jiwaku bergelora lagi
Namun telah ku tutup rapi
Agar dirimu tak bisa lagi
Menembusi kalbuku
Yang kian sarat
Dilanda kerinduan ini
Maafkan Aku sayang
Kerna aku tak bisa
Aku tak mungkin
Memilihmu lagi
Menjadi Penghuni
Dalam hatiku ini
Dan akan ku cuba
Untuk bahagia biarpun
Tanpamu disisiku
Dan aku amat berharap akan
Menemui Cinta Sejati ku..
NUKILAN::QasehKuWatiey

Sunday 8 May 2011

Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan 
yang lahir pada tarikh ini. 
Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya,
dia akan mengamuk dengan hebat. 
Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. 
Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. 
Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan 
yang susah untuk dimengertikan.
OLEH::QASEHKUWATIEY
29O52O11

Friday 6 May 2011

NamaMu SITI AISHAH...
SeOrang ibu yang terbaik bagiku
Ibu segala-galanya dalam hidupku
Tanpa mu Ibu siapalah aku
Impianku menjadi kebanggaanmu Ibu 
 
Aku selalu terbayang raut wajahmu Ibu
Inilah yang dikataka kerinduanku padamu
Setelah sekian lama berjauhan denganmu   
Hanya Ibu yang bisa menenangkanku tika
Aku dalam kedukaan dan dlm musibah
Hanya Engkau Ibuku SITI AISHAH..♥

   
~RINDU DALAM SENDU~~~~~~
 
NUKiLAN::~QasehKuWatiey ♥ FID98O~~
 
ENGKAU LAH RATU HATI KU
Untuk Mu Ibu...
Kasih Ibu kasih sejati dan sesuci embun pagi
Kasih sayang mu Ibu tidak berbelah bagi
PengOrbananmu begitu tulus
dan suci
Dari kejauhan Ibu sentiasa dalam ingatanku
Rindu akan belaian mesramu Ibu
Rindu akan leteranmu demi mengajarku Ibu
Rindu akan keringat di paras wajahmu Ibu 
Ibu..
Kau Ratu Hatiku selamaNya
Bila ku berduka Engkau hiburkan aku
Bila ku menangis Engkau memelOk erat tubuhku
Bila ku kesunyian Ibu sentiasa ada menemaniku 
Ibu..
Akan ku menjagamu sepertimana
Ibu menjaga aku dari kecil hingga dewasa

Terima Kasih Ibu kerana menyayangiku
SegalaNya Hanya Lah Untukmu Ibu 
Saya SAYANGGGGGGGG Ibu..Muahhhhh♥♥♥
~~~~~~~SITI AISHAH~~~~~~~~
NUKILAN::QASEHKUWATIEY
MeNgapA SayAng....

disini aku masih lagi menantikanmu..
aku pun tak tahu sampai bila
aku harus menantikan kehadiranmu
kembali dalam hidupku..
sekian lama..
kau katakan sayang,
kau katakan cinta
dan kau katakan rindu sangat padaku
tapi kau biarkan aku begitu,
mengapa sayang..???
kau sengaja buatkan aku terseksa begini
kerna kau tahu aku amat mencintai...mu,
itu sebab...nya
kau suka hati jew kan,
kau hubungi aku saat kau perlukan
tapi kau menyepikan dirimu
tanpa bicara saat kau tidak perlukan aku lagi.
tapi aku tak kisah semua tu
sebab aku kan setia padamu
walau apapun..cinta ku tetap satu
dan akan terhenti saat nafasku terhenti
dan segalanya hanyalah untukmu sayang!!!

NUKILAN::QasehKuWatiey~

Kau SeLaMaNya Di Hati Ku....

INDAHNYA SAAT BERSAMAMU DULU
TERASA BAGAIKAN ADA DI TAMAN SURGAWI
ENGKAULAH PENGHIBUR SAAT DUKA LARAKU
MENGHIASI KERUNDUNG SEPI DIWAJAHKU
BIARPUN SEKETIKA CUMA NAMUN AMAT BERMAKNA
CINTA SUCIKU BIARLAH PERGI BERSAMA ANGIN LALU
KERNA KU TAHU KAU DAN AKU TAK MUNGKIN BERSATU
KAU TERCIPTA BUKAN UNTUK MENJADI MILIKKU
NAMUN BEGITU KU KAN TETAP MENCINTAIMU
SEBAGAIMANA YANG ENGKAU TAHU
HANYA ENGKAU BERTAHKTA DIHATIKU
DAN TAK MUNGKIN ADA PENGGANTIMU
KU KAN SETIA MENCINTAIMU
KERNA KAU ABADI DILUBUK HATIKU
MENCINTAIMU HINGGA NAFASKU TERHENTI
AKU SAYANG KAMU
AKU CINTA KAMU
DAN AKU RINDU KAMU...

NUKILAN::QASEHKUWATIEY~∙

DuLu..KiNi...SeLaMaNya.....

Dulu..
Kaulah segalanya bagiku
Penawar duka laraku
Sumber ilhamku
Mencintaimu sedalamnya
Tanpa rasa ragu
Dan berjanji akan selalu
Disisiku

Kini..
Kau bagaikan terpaksa
Selalu menghampakanku
Sentiasa membuatku resah
Sering bergelora jiwaku
Bila bersamamu
Mengapa Sayang
Apakah kau telah jemu
Denganku
Andai begitu
Berterus teranglah sayang
Agar aku tahu
Siapa aku dimatamu
Perlukah aku bersamamu
Atau sebaliknya

Selamanya...
Aku kan berjanji
Akan setia menanti
Dan sentiasa mencintaimu
Biarpun kau tak bersamaku lagi
Maafkan aku sayang
Kerna hati ini selalu begini
Mencintai setulus hati
DULU, KINI dan SELAMANYA...

NUKILAN::QasehKuWatiey~
PeNgHujuNg RiNdu....

Kemana lagi harus ku melangkah....
ke arah mentari terbenam
atau kah ke kaki langit yng dihiasi pelangi indah
Nun jauh di hujung lautan terpancar indah
sinar kebahagiaan dan mendamaikan
akan ku renangi dan akan ku harungi badai
demi sinar bahagia itu andai benar ia milikku
kerna ku tahu kau ada disitu menantikan hadirku
menerangi gelapnya ruang sepi mu dikalbu
dan akan ku hiasi dengan cahaya cintaku ini
dan akan ku semai sayang sewangi kasihku
menghiasi malam di penghujung RiNdU..


NUKILAN::QASEHKUWATIEY


HaNya MiMpi....

Mentari pagi menyerlahkan sinarnya
Bagaikan pesona ayu di wajahmu
Mengharum kuntum kerundung malam
Tenang dan mendamaikan
Saat hati terdetik merindu
Kasih menguntum lagi
Cinta bersemi kembali
Lantaran hidup bagaikan mimpi
Jangan biarkan aku terjaga
Dari mimpi-mimpi indah itu
Kerna ku tahu
Kau takkan ada di sisi ku lagi

NukilaN::QasehKuWatiey

Thursday 5 May 2011

EnGkAu DaN AkU...

Engkau dan aku
Ditemukan pada waktu
Yang ditentukan

Engkau dan aku 
Adalah satu hati
Satu jiwa dan 
Satu perasaan

Engkau dan aku
Sepasang kekasih
Yang amat bahagia
Kerana hatiku hatimu jua

NUKILAN::QasehKuWatiey
 TeRiMa KaSiH SaYaNg..!!

Dari tak tau apa-apa..
Aku terasa amat takut sekali..
Tapi berkat tunjuk ajar 2 insan mulia ini..
Aku beranikan diri
Seolah-olah aku mengetaui segalanya..
Aku cuba dan terus mencuba
Hingga aku berjaya di blog watikahsepi ini..
Terima kasih pada Gopal Manikam..
Terima kasih juga pada Cik Aleya..
Moga dua insan ini akan dilimpahkan OlehNya
Akan kejayaan demi kejayaan dlm apa jua
Bidang yang mereka ceburi..
Insyallah...AMIN

IKHLAS RASA HATI::QASEHKUWATIEY

Aku Suka Suka Sama Kamu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

im yOurs..u are my COMPLETTY

im yOurs..u are my COMPLETTY

PujaaN Hati....Besssss Lagu ni...Layanz jew...

Hei Pujaan Hati...Apa Khabarmu...Kuharap Engkau Baik-Baik saja....Pujaan Hati Andai Kau Tahu....Ku Sangat MenCintai dirimu....Hei Pujaan hati Setiap Malam... Aku BerdOa Kepada Sang Tuhan....Berharap Cinta ku jadi kenyataan... agar ku tenang meniti kehidupan...hei Pujaan Hati...Pujaan Hati.... Mengapa Kau Tak Membalas Cintaku....Mengapa Kau abaikan rasaku....Ataukah Mungkin Hatimu membeku...Hingga Kau Tak Pedulikan aku...CObalah mengerti keadaanku...Dan CObalah Fahami keinginanku....Kuingin Engkau Menjadi Milikku... Lengkapi jalan cerita hidupkuHei..Pujaan Hati........

WATIEY ABDUL RAHMAN

WATIEY ABDUL RAHMAN